Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Seorang Pelakon Teater



As Salam

status kali ni abam nak kongsi tentang seorang pelakon teater 


Pelakon Teater

Dollah, seorang pelakon teater, menghadapi masalah susah mengingati skrip. Malklumlah, umurnya dah meningkat, banyak masalah pula. Puas Dollah berubat tetapi hasilnya mengecewakan. Suatu hari,

seorang pengarah teater menawarkannya berlakon. Adegannya pendek saja, dialog pun ringkas. Dollah pasti dapat mengingatinya.Kata Pengarah: "Peranan awak mudah saja, tapi sangat penting sebab ia aksi pertama sebagai pembukaan pementasan.Bila tirai dibuka, awak hendaklah naik ke pentas dengan membawa sekuntum mawar. Pegang bunga itu dengan tangan kanan, ciumnya dalam-dalam dan berkata

"Ahh, harumnya baumu wahai mawar,bunga kesayanganku" sambil tangan yang sebelah lagi didepangkan ke udara. Ingat tu!"Dollah mengangguk. Sepanjang hari dia berlatih bersungguh-sungguh dan mencuba aksi itu berulang kali.

Hari pementasan tiba, penonton bertepuk tangan,dewan riuh-rendah dengan sorakan.Tirai dibuka dan tugas Dollah pun bermula. Penuh bersemangat Dollah berjalan ke tengah pentas, kemudian berkata, "Ahhh, harumnya baumu wahai mawar, bunga kesayanganku" sambil tangan kirinya diangkat keudara.Suasana tiba-tiba menjadi kecoh.

Penonton ketawa terbahak-bahak. Dari belakang pentas terdengar si pengarah menjerit."Tak guna! Kamu hancurkan teater arahan aku yang pertama ni.Pergi!Pergiii!!!!Dollah terpinga-pinga. "Kenapa? Saya salah baca skrip ke?""Tak!!!jerit pengarah. "Kamu lupa bawa bunga mawar!"

ok lah hang pa semua

kita jumpa pada status seterusnya okkkkkkkkkk

berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH video ini diambil tanpa mengambil wajah tidak hanya satu lokasi dan mempunyai pelbagai lokasi memerlukan proses...