Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Eluan Sara Diri


PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam dan swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat-syarat berikut:

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...

80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

BBM3410/18: Askar Paling Berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral: "Askar maju sini!"
Askar: "Siap Jeneral!"
Jeneral: "Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu!"
Askar: "Siap Jeneral!"
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan, "Lihat Askar saya sangat berani dan siap mati."

2. Jerman
Jendral: "Askar maju sini!"
Askar: "Siap jeneral!"
Jeneral: "Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak."
Askar: "Siap Jeneral!"
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berkecai.
Si Jeneral sangat bangga dan bilang, "Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG."

3. Malaysia
Jeneral: "Askar maju sini!"
Askar: "Siap Jeneral!"
Jeneral: "Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat!"
Askar: "Tidak mau jeneral!"
Jendral: "Sebrangi cepat!"
Askar: "Tidak mau jeneral!"
Sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak. Si Jeneral berkata, "Lihat Askar saya yang paling berani... perintah jeneral mentah-mentah dia tolak..."

BBM3410/18: Buat Kalender menggunakan photoshope


Assalamualaikum adik- kakak semua. Disebabkan harini kami takda amali Multimedia, kami telah diberi tugasan untuk membuat video proses membuat kalendar 2019 menggunakan photoshop.
.
Sebenarnya penat tunggu arahan di Putrablast. Sebab ketua cakap tunggu arahan Prof di Putrablast. Sekalinya, arahan dalam whatsapp Aku bila dah ada arahan tu, apa lagi terus jadi lintang- pungkang lah HAHAHA.
.
Dibawah ni video proses. Maafkan saya jika suara atau latar belakang tidak menyenangkan pendengaran dan penglihatan kalian..

BBM3410/18: Twiter aku

As Salam
bertemu kembali ya adik, kakak semuanya.
hari ni kamek nak kongsi dengan kitak-kitak semua yang kamek tweet dalam twiter saya.



saya sebenarnya nak kongsi kisah yang saya lalui ini 
tapiiiiiii, haaa dah jadi kenangan 
ya manusia tak boleh lari dari kesilapan sebab itulahlah fitrah manusia. tapi sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras kita mempunyai 2 pilihan yang mana kita sendiri yang menentukanya dalam hidup kita iaitu baik atau buruk. kita sendiri yang mencorakkan hidup kita, adakah ia baik atau sebaliknya. tetapi bila mana tanpa kita sedar kita melakukan kesilapan sesungguhnya masa yang lepas kita tidak mungkin berulang lagi.




yang ni pulak saya nak beri tahu yang kita tak akan terlepas dari masalah. kemana saja kita pergi masalah pasti akan datang. ya masalah yang datang berubah-rubah dan tiadak akan sama ketika dan dimana kita berada tetapi yang tidak berubah adalah diri kita kerana masalah tidak kekal tetapi diri kita kekal sebagai kita. jadi diri kita yang akan mengatasi masalah yang datang bukannya masalah yang dapat mengatasi diri kita.

sampai di sini dulu ya kawan-kawan, adik, kakak semua

jumpa lagi...

BBM3410/18: Rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri

Baru-baru ini pada hari raya yang ke dua, maka tersebutlah cerita ini. Seorang wakil rakyat dari parlimen Pekan mengajak Pak Batin dari perkampungan orang asli yang berdekatan.

Wakil Rakyat: "Saya nak ajak Tok pi majlis Hari Raya Terbuka TPM kita."
Tok Batin: "Aikk, tak mahu la.."
Wakil Rakyat: "Kenapa lak? Setahun sekali je dapat peluang ni.."
Tok Batin: "Tok tak pernah pergi ke majlis besar-besar macam ni."
Wakil Rakyat: "Tak ape Tok. Tok ikut saya je, duduk sebelah saya."
Tok Batin: "Ehhh segan la. Pe nak pakai? Makan pe ada?"
Wakil Rakyat: "Pe nak segan.. Tok duduk sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai pe saja... bab makan.. peh.. memang sedap."
Tok Batin: "Kalu macam tu tak pe la. Tok ikut, tapi dengan syarat.."
Wakil Rakyat: "Pe syaratnya?"
Tok Batin: "Kamu kena makan pelan-pelan dan duduk sebelah Tok ya?"
Wakil Rakyat: "Tak de hal Tok. Tok ikut aje apa yang saya makan. Apa yang saya makan, Tok makan ya.."
Tok Batin: "Haaa, macam tu la.."

Dipendekkan cerita, acara makan minum pun bermula. Tok Batin ikut aje apa wakil rakyat itu makan. Bila tiba makan satey, wakil rakyat bergurau..

Wakil Rakyat: "Tok.. makan daging nye aje. Kayu pencucuk jangan makan."
Tok Batin: "Ya.. ya.."

Habis makan, wakil rakyat tu terasa tersekat sesuatu kat gigi, maka diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya daging yang terlekat di gigi. Bagi menghormati majlis maka satu tangan pegang kayu penyongkel, lagi satu tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat yang sama! Dia ikut apa yang wakil rakyatnya buat, dari mula hingga habis.

Dalam perjalanan balik (hantar semula Tok Batin) ke perkampungan orang asli, maka ditanyanya kelazatan juadah yang dihidangkan.

Wakil Rakyat: "Amacam Tok? Sedap tak makanan tadi?"
Tok Batin: "Woooo sedapppp! Tak penah merasa sesedap itu sebelum ni.. lain kali ajak la lagi.. tapi kan kayu yang terakhir tu TAWAR sikit. Kayu macam tu pun depa hidangkan ya?"
Wakil Rakyat: "Tok makan ke kayu tu?"
Tok Batin: "Ye la. Tok nampak kamu makan.."
Wakil Rakyat: "Tawar ye? Depa lupa taruk garam kot?" (dalam hati: he he..)

BBM3410/18: Kuliah terakhir Falsafah


Seorang profesor falsafah berjalan untuk memberikan kuliah terakhir. Sambil meletakkan sebuah kerusi di mejanya, profesor mengarahkan kelas, "Dengan menggunakan segala sesuatu yang telah anda pelajari dalam kuliah ini, buktikan kepada saya bahawa kerusi ini TIDAK ADA."

Jadi, banyak mahasiswa yang memulakan cerita panjang untuk membuktikan bahawa kerusi itu tidak ada, kecuali satu mahasiswa. Dia menghabiskan 5 saat untuk menulis jawapannya, menyerahkan lembaran jawapannya, lalu keluar bilik kelas. Rakan-rakannya kehairanan dengan kelakuan mahasiswa itu.

Mengikut masa, semua pelajar mendapat nilai akhir mereka. Yang menakjubkan, mahasiswa yang menulis jawapannya hanya dalam 5 saat itu mendapat nilai tertinggi di kelas.

Jawapan yang ditulisnya adalah: "Kerusi apa?"

BBM3410/18: Tidak membuat kerja rumah


Rey adalah anak yang terkenal degil di sekolahnya. Hal itu Rey membuat orang tuanya sering dipanggil ketua sekolah untuk menasihati anaknya supaya rajin masuk sekolah, rajin mengerjakan kerja rumah, dan berbuat sopan kepada guru juga rakan-rakannya. Kerana namanya juga keras kepala, dinasihati atau dimarahi pun, mesej yang disampaikan masuk ke telinga kiri dan langsung keluar dari telinga kanan. Tidak dipedulikan sama sekali.

Suatu ketika, Rey datang terlambat untuk yang kelima kalinya, dan kerja rumah yang harus dikumpul hari itu belum ia kerjakan. Ia mencari alasan. Alasan bangun kesiangan, tayar yang bocor, trafik jem, sudah digunakan pada hari-hari sebelumnya.

"Mengapa kamu terlambat lagi, Rey? Ini sudah yang kelima kalinya," bentak gurunya.

"Saya dirompak, Cikgu.." jawab Rey dengan memasang wajah ketakutan.

"Tetapi kamu baik-baik, ke? "tanya bu guru kelihatan cemas.

"Saya baik-baik saja, Cikgu...," jawab Rey dengan wajah bersahaja.

"Lalu, apakah ada yang hilang, Rey?" tanya guru, masih penasaran.

"Ada, Cikgu. Buku kerja rumah saya.." jawab Rey dengan selamba.

BBM3410/18: Semangat mengajar murid-murid


Cikgu Siti adalah guru yang selalu bersemangat mengajar murid-muridnya. Amat semangat mengajar di kelas, ia sering kali memakai giliran waktu guru lain yang akan mengajar selepas dia. Ada sisi baik, tetapi ada juga sisi buruknya. Sisi baiknya, para murid dapat belajar lebih dari apa yang sepatutnya mereka dapat satu hari itu. Sisi buruknya, para murid tidak suka kerana mengajarnya terlalu lama, murid-murid jadi bosan. Dan, guru lain tidak boleh maksimum menggunakan masa mereka untuk mengajar.

Suatu ketika, Cikgu Siti mendapat giliran mengajar di akhir waktu pulang sekolah. Para murid pun mengadu, "Ah, pasti pulang lewat! Ah, pasti bakal kelaparan kerana telat makan tengah hari.."

Cikgu Siti yang merasa tidak selesa dengan tingkah laku murid-murid di kelas itu, akhirnya menghentikan proses belajar mengajar dengan memberi soalan. "Kalau ada yang boleh menjawab soalan saya, semua boleh pulang. "

Tiba-tiba, kapur melayang mengenai papan tulis.

"Siapa yang melempar kapur?" bentak Cikgu Siti.

Roy, anak nakal di kelas itu langsung angkat tangan, "Saya, Bu.. Horeeee, kita pulang!"

BBM3410/18: Main bola dalam kapal terbang


Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat.

Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!

"Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola di dalam kapal terbang, jadi mereka main bola di luar la." 

"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kan kami nie pemain simpanan.."

BBM3410/18: Belajar Bahasa Rusia


Pak Amir dan isterinya gembira kerana setelah menunggu lama untuk mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat, akhirnya rumah anak yatim memberitahu mereka bahawa mereka mempunyai bayi lelaki yang cakap, dan pasangan itu membawa dia pulang ke rumah mereka.

Dalam perjalanan pulang dari rumah anak yatim, mereka berhenti di kolej tempatan supaya mereka masing-masing dapat mendaftarkan diri dalam kursus malam. Selepas mereka mengisi borang itu, kerani pendaftaran bertanya, "Mengapa anda belajar bahasa Rusia?"

Pasangan itu berkata dengan bangga, "Kami baru saja mengadopsi bayi Rusia, dan dalam setahun atau lebih, dia akan mula bercakap. Kami hanya mahu memahami dia..."

BBM3410/18: Pesakit Jiwa Menyanyi lagu


Seorang doktor terkejut ketika masuk ke laman belakang sebuah rumah sakit jiwa kerana ia mendengar ada seseorang sedang menyanyi. Selepas mencari tahu, ternyata suara itu datang dari seorang pesakit rumah sakit jiwa tersebut. Anehnya, si pesakit menyanyikan lagunya sambil tidur terlentang.

Dengan kehairanan, sang doktor terus memerhatikan tingkah laku pesakit tersebut. Ia berfikir, "Nampaknya pesakit tersebut sudah sembuh."

Kemudian, pesakit tersebut tengkurap dan menyanyikan lagu yang lain. kerana penasaran, doktor menghampiri sang pesakit dan bertanya, "Hai Joko, mengapa kamu tadi menyanyi dengan tidur terlentang dan sekarang malah telungkup?"

Dengan tenang si pesakit menjawab, "Iya Doktor, tadi side A, sekarang side B."

BBM3410/18: Rumah depan kuburrr

Aku baru pindah rumah sekarang ni dalam thn 2005..jarak ngan rumah lame x jauh mane pn..rumah lame kat kampung seberang jek( KG RAJA UDA atau KRU).. Ade 34 buah rumah dibina sederet(ke salah?)..rumah no 1 sampai no 8 terletak berhadapan kubur islam, 9 - 14 dpn rumah teres, n yang onwards sume depan loji..

Rumah lame aku ni terletak yg betol2 dpn kubur.. mase tu kalau org tanye dok mane, penghuni kat situ akn jwb dpn kubur je..sape dok kru tau la ktne..Tapi kubur ni x seram walaupun ade pokok ketapang..mcm taman syurgawi..penuh ngan lampu2 jalan kt dlm tu..aku and the geng penah main besbol pn kt dlm tu..kalau time2 raya lagi best..main meriam buluh siap dalam tu..psl klu bapak kejor dan sikit nak lari jauh ..aku kecik2 mmg tomboy abes..

Sebelum nk cerita ingin diingatkan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. sekadar renungan and ingatan..

Okay so, ceritani pada tahun 90 an..x igt 98 or 96, sebab mase tu time World cup ke EURO tah..tak hengat..mase tu ade seorang warga kampung ni meninggal~ Al -Fatihah..sedara jauh gak ngan aku..gangguan berlaku selama 30 hari selepas kematian..gangguan juga adalah secara 'runcit'..okay kronologinya:-

Bermula petang die kebumi tu, ramai gak kat kubur, tiba2 ade sorang budak perempuan berumur 6 tahun dr rumah no 8, menjerit cakap kat mak die " Mak..ade hantu kat kubur"..Mak die marah, dan bawak die masuk rumah..since then, die murung..muke pucat, xnak makan..asyik cakap ade hantu kat kubur..sampai dekat seminggu, family die bwk pegi berubat bg semangat..pastu bwk die dok umah sedara kt tempat lain

Umah aku ni umah papan....dpn umah ade pokok nangka so depan umah aku sepanjang2 tu penuh daun kering..klu siapa tau daun kering dr pokok nangka ni x sah klu tak berbunyi kalau dipijak..ala2 crunchy gitu..so setiap kali ade org lalu dpn umah ktrg akan tau..satu mlm, aku and kakak aku tgh tgk tv lewat pkl 12-1 am camtu..tiba-tiba, dung dung dung dung..ade org gendang dinding umah aku yg betol2 kat bawah pokok nangka..kakak aku yg vangang terus tanye "siapa tu??"..vongok sungguh..sah2 takde lgsg bunyi org lalu kt dpn umah..aku ckp kt die dgn isyarat " ko diam leh tak?"..terus ktrg tutup tv cabut masuk bilik..tido..seb baik boleh tdo..

Malam keesokkannye, kami sekeluarga termasuk mak and abah tgk tv..dlm pkl 11 malam..tiba-tiba..gedegang!!mcm nangka jatuh atas bumbung zink umah kami (for a moment aku ingatkn ade nangka dpn umah da masak) and ikut logik 'ia' sepatutnye bergolek jatuh gedebuk dpn umah..tapi takk!..die bergolek2 mcm filem hindustan (agaknyela) mnghala ke umah sebelah!..semua mendongak pandang bumbung sambil mata menghala ke arah bunyi golek tu datang..kami dengar bunyi 'ia' golek siap sambung golek ke bumbung umah sebelah lak sampai hujung..umah kami agak rapat jadi takat bunyi bumbung zink tu mmg dgr sgtlah..terus aku, akak n abah bace ayat kursi n abah suh ktrg semua masuk bilik tdo..seb baik adik2 aku x nangis..

Esoknya abah n mak bincang..untuk sementara, abah suh mak bawa kitorang adik beradik g tdo umah nenek..kat kampung sebelah..mak balik keje amek kitorang (sebab pengasuh adik aku sebelah umah je) terus bwk g umah nenek..abah je dok umah..die kental sikit..lgpun mase tu tgh ade bola(x igt EURO OR WORLD)..so die nk stay tgk bole..nampak tak kesanggupannye??Abah kate sepanjang kitrang takde lps tu, 'die' cume ketuk dinding n golek2 jek..(JE????)..jgn lek sangat bah..

Seminggu lebih kemudian, abah bangun tgh mlm dlm pkl 2 camtu nk tgk bola..mule2 okay..sampai mase break 15 mins tu, abah turun g dapur nk makan..abah dok makan mengadap ke cermin dapur yg da jammed takleh tutup..belakang umah ade parit and railway..tgh makan tibe- angin kuat tak tentu hala macam nak hujan..tgh abah tunduk makan, dgn tak semena2 langsir dapur yg ditiup angin menyapu ke muke die membuatkan die mendongak..nahh..tegak berdiri diluar tingkap lembaga yg mirip arwah, tapi ade bintik2 di mukanya, merenung tajam ke arah abah..abah tediam jap pastu tunduk buat dek, abeskan makan naik balik sambung bola..errk..bole?~tp ade akibat sbb x melayan 'dia" ye..sebentar...

Cerita rumah sebelah pulak, serentak dgn kes abah td..mase angin tibe2 betiup kencang, jiran aku yg aku pggl tok anjang (sedara gak) yg juga tgh tgk bole, bgn dan terus bukak pintu, (die cite blk) pastu die kate angin bersimpang siur, bkn satu arah..pastu die cakap.."'Dia' da datang da"..die tutup je pintu tibe2 die dgr suara anak perempuan die menjerit pggl adiknye yg lelaki..bingkas die ke bilik anak pompuannye, nyenyak tdo ngan isterinya, die jengah lak anak lelakinye..pon tido...pastu die layan bola balik

Malam keesokkanye, mase nk kesenja..mak dan aku adik beradik tgh siap2 nk ke umah nenek mcm biase..nenek pn ade mase tu..sekali tiba2 abah terbaring mengerangg..tak dpt nak gambarkn camne mase tu..abah cakapp panasss n sakittt...badan abah panas gile mase tu..aku adik beradik n mak cepat2 nk angkat papah abah bgn..almaklumlah..bapak ni besor tinggi orgnye..tapi x bolee..puas kami berempat cuba, tak bole angkat seinci pn mcm ade yg berat duduk atas die..aku da menangis da..nenek aku kt bwh yg dengar kecoh2 terus berlari naik..abah x berhenti mengerang..nenek terus bace2 ayat kursi dan die suh kami juga turut bace..

Selepas beberapa minit kami cube angkat abah, baru boleh..abah masih panas dan tapi kali ni menggigil dgn teruk..bukan menggigil da aku rase mcm bergoncang!dgn ktrg2 pn bergoncang..sampai papah abah dpn pintu nenek laung allahuakbar kuat2 sampai jiran2 keluar..hilang goncang, tinggal gigil..papah abah masuk kete..sekali lagi kami semua baca ayat kursi pastu bru abah okay ckit cume lemah..terus mak bwk kami semua pg klinik Halimah. aku pn x phm nape mak bwk g klinik..tp mayb sebab die ustazah..itu je yg terpk mase tu..lps tu abah okay...cume masih penat..so kami semua bermalam umah nenek mase tu..lepas2 tu kami cume bermalam di umah nenek sampai dkt sebulan..abah kadang2 blk gk tdo umah..takut 'dia' bersarang gak kt umah..

Sebenarnye banyak lagi cite org kampung yg kene kacau..tp ni je yg aku igt..yg lain ade yg nampak 'die' terbang lang..loncat pn ade..tggu org tepi jalan..ketuk pintu umah..golek ats bumbung..histeria..ini antara gangguan2 yg penduduk2 ctu lalui mase tu..last2 ape yg saye dgr, ketua kampung jumpe anak arwah mintk tlg get rid of that 'thing'..kuburnya berlubang..jadi beberapa ari gak nampak anak2nye dikubur macam dgn ustaz camtu..lepas tu dah..kami tak diganggu lagi..itu lah the worst yg jadi..sampai sekampung kene..

BBM3410/18: Pak Pandir naik Kapal Terbang


Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapal terbang.."

"Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapal terbang bersama," kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapal terbang untuk ke negara jiran yang terhampir, iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapal terbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapal terbang, maka mendaratlah kapal terbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata, "Patutlah panas dalam kapal terbang tadi, rupanya kipas di luar.."

BBM3410/18: Membaca Doa sebelum makan


Di suatu malam yang hening.. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

"Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang.." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentut memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.. berak-berak makan julap.. Muahahaha!!"

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

BBM3410/18: Kanak-kanak Misteri


Aku perkenalkan diri sebagai din, aku ingin berkongsi kisah dengan semua. Kisah seram ini berlaku ketika aku sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai barat.

Kehidupan aku pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah aku tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.

aku seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan aku sejak menuntut di peringkat ijazah.

Pada suatu petang aku dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu aku ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika aku sedang membasuh muka, aku seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku. aku menyelesaikan wuduk dan apabila aku melihat cermin di hadapan aku melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. aku terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan aku dapati tiada sesiapa pun.

aku berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, aku seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh aku mempercepatkan langkah. aku menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan aku sebelum ini. aku hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru aku alami tadi kepada kawan aku.

Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. aku menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali aku ke bilik, aku membersihkan tubuh dan terus berehat. aku merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat aku.


Satu malam aku tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat aku tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu aku bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.

Kanak² lelaki ini suka mengikut aku dan sentiasa berada di sisi aku walau kemana aku pergi. Dalam mimpi itu aku turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.

Keesokkan hari aku berjumpa seorang ustaz dan selepas aku di rawat aku berasa sedih dan sayu. Perasaan aku seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan aku. Namun aku tidak tahu pada siapa.

BBM3410/18: Cakaran 3 kuku


Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, aku terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik aku pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.

Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Aku menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata akubulat menatap pintu.

Kawan aku bertanya "bunyi ape tu weyy?", aku hanya menggelengkan kepala tapi hakikat aku tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh."weyy, jom la tengok", bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan aku paling tua, jadi akulah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di tesco petang semalamnya.

"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, aku pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. aku tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan aku di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan aku lalu menutup pintu. aku terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.

"weyyy, nampak tak. nampak apa? Apa kita nak buat ni!" Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. "Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi. "Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.

Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. "hang pergi bukak tingkap" arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.

Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Obvious sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng'orientasi'kan kami.

Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung sem.

BBM3410/18: Nak kaya tak?


Sewaktu aku dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada Kedah melalui lebuhraya, aku berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?".

Aku menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Gopeng" dan dijawab oleh aku "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam kereta aku.

Dalam hati aku berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Gopeng,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" aku tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"

Aku pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati aku berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Aku jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Gopeng, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Aku tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .terima kasih pak cik..

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH video ini diambil tanpa mengambil wajah tidak hanya satu lokasi dan mempunyai pelbagai lokasi memerlukan proses...