Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Cakaran 3 kuku


Kisah seram ini bermula pada awal tahun lepas. Semasa itu saya dan 4 lagi housemate merupakan final semester students. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, aku terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik aku pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.

Setiap hujung minggu dua orang housemate kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat hall. Aku menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah.Ssedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata akubulat menatap pintu.

Kawan aku bertanya "bunyi ape tu weyy?", aku hanya menggelengkan kepala tapi hakikat aku tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh."weyy, jom la tengok", bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan aku paling tua, jadi akulah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di tesco petang semalamnya.

"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, aku pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. aku tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan aku di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan aku lalu menutup pintu. aku terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.

"weyyy, nampak tak. nampak apa? Apa kita nak buat ni!" Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung. "Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi. "Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.

Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. "hang pergi bukak tingkap" arahku. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.

Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Obvious sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng'orientasi'kan kami.

Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung sem.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH video ini diambil tanpa mengambil wajah tidak hanya satu lokasi dan mempunyai pelbagai lokasi memerlukan proses...