Aku perkenalkan diri sebagai din, aku ingin berkongsi kisah dengan semua. Kisah seram ini berlaku ketika aku sedang menuntut di sebuah pusat pengajian awam di negeri pantai barat.
Kehidupan aku pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah aku tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.
aku seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan aku sejak menuntut di peringkat ijazah.
Kehidupan aku pada mulanya seperti biasa, tiada apa yang aneh malah aku tidak sedikit pun menyangka akan mengalami kisah yang di klasifikasikan sebagai kisah seram benar ini.
aku seorang pelajar yang suka berada di kampus sehingga lewat malam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan aku sejak menuntut di peringkat ijazah.
Pada suatu petang aku dan seorang kawan bercadang untuk membuat penulisan tesis kami sehingga pukul 10 malam. Petang itu aku ingin mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar. Ketika aku sedang membasuh muka, aku seperti merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku. aku menyelesaikan wuduk dan apabila aku melihat cermin di hadapan aku melihat kelibat berwarna hitam laju keluar ke arah pintu tandas. aku terkejut dan menoleh ke belakang siapakah kelibat yang berlalu pergi dan aku dapati tiada sesiapa pun.
aku berjalan keluar dari tandas dan terus menuju masuk kebilik siswazah. Ketika dalam perjalanan ke bilik siswazah, aku seolah- olah sedang di ikuti oleh sesuatu di belakang. Tanpa menoleh aku mempercepatkan langkah. aku menunaikan solat Asar dan terus menyambung tugasan aku sebelum ini. aku hanya berdiam tanpa menceritakan kisah misteri yang baru aku alami tadi kepada kawan aku.
Malam semakin larut, sedar tidak sedar hampir pukul 11 malam. Kami mengemaskan barang dan bersedia untuk balik ke rumah. aku menyangka kan hal itu hanya setakat itu sahaja. Sekembali aku ke bilik, aku membersihkan tubuh dan terus berehat. aku merasa trauma dan seakan ada yang sedang melihat aku.
Satu malam aku tidur awal untuk bangun semula menunaikan solat Qiyam memohon agar Allah memberi petunjuk. Setelah selesai solat aku tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu aku bertemu dengan seorang budak kecil kelihatan lelaki berumur sekitar 5 tahun. Kanak² lelaki itu tidak berbaju dan tubuh nya berdaki. Rambutnya pendek dan kelihatan botak. Seluar nya diperbuat daripada kulit kayu dan di ikat dipinggang.
Kanak² lelaki ini suka mengikut aku dan sentiasa berada di sisi aku walau kemana aku pergi. Dalam mimpi itu aku turut melihat susuk 2 orang wanita. Seorang wanita muda remaja Dan seorang wanita dewasa. Mereka berdua memimpin tangan kanak² lelaki ini.
Keesokkan hari aku berjumpa seorang ustaz dan selepas aku di rawat aku berasa sedih dan sayu. Perasaan aku seperti rindu pada seseorang yang telah pergi meninggalkan aku. Namun aku tidak tahu pada siapa.
No comments:
Post a Comment